Kursus Asas Microsoft Office Excel, Asas Komputer Dan Advokasi Sesi 1

13 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Julai 2020, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Kursus Asas Microsoft Office Excel (Sesi 1) di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kursus ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mempelajari Microsoft Office Excel. Seramai 4 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Sebelum berlangsungnya kursus, para peserta terlebih dahulu diberikan penerangan secara ringkas dalam mengenali ribbon, formula dan fungsi yang lain. Para peserta juga diberikan latihan dalam menggunakan operasi tambah, darab dan tolak.

Kursus ini bermula dari 10:30 pagi sehingga 1:00 tengah hari merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali